Perkongsian bersama:
Imam Bukhari merawikan dari Qatadah, dari Anas bin Malik dan Malik bin Sa'sha'ah, bahawa Nabi SAW bercerita kepada mereka tentang malam baginda diisrakkan. Baginda bersabda:
"Suatu malam aku berbaring dibilikku. Tiba-tiba seorang datang kepadaku lalu membelah antara sini sampai sini dan mengeluarkan hatiku. kemudian didatangkan setimba emas penuh dengan keimanan, hatiku dibasuh (dengannya) lalu dimasukkan kembali. kemudian aku dibawa dengan haiwan di bawah bighal di atas khimar (buraq) putih.
Jibril as membawaku berjalan sampai ke langit dunia. Dia meminta dibukakannya maka ditanya, "siapa engkau?" Dia berkata, "Jibril." "Dan siapa bersamamu?" Dia berkata, "Muhammad." Apakah dia diutus (sebagai rasul) pula?" Jibril berkata "benar." Lalu dikatakan, "Selamat datang wahai anak yang soleh dan nabi yang soleh."
Kemudian Jibril membawaku naik hingga ke langit kedua. Dia minta dibukakan. Maka ditanya, "Siapa engkau?" "Jibril." "Siapa yang bersamamu?" "Muhammad." "Apakah dia juga rasul?" " benar." jawab Jibril. Dikatakan, "selamat datang wahai sebaik-baiknya yang datang." Kemudian dibukakan. Ketika itu aku nampak di situ Yahaya dan Isa dan aku memberi salam. Dan mereka membalas salam seraya berkata, "Selamat datang wahai saudara yang baik dan nabi yang baik."
lalu Jibril membawaku ke langit ketiga. Dia minta dibukakan. Maka ditanya, "siapa itu?" "Jibril." "Siapa pula yang bersamamu?" "Muhammad." "Apakah dia seorang rasul juga?" "Benar." "selamat datang wahai sebaik-baik yang datang." Kemudian dibukakan. Setelah aku jelas, ternyata di situ adalah Yusuf. Dia mengenalkan, "Ini Yusuf." Dia memberi salam kepadanya dan aku juga. Yusuf membalas, "Selamat datang wahai saudara yang soleh dan nabi yang soleh."
Kemudian Jibril membawaku ke langit keempat. Kemudian dia meminta dibukakan. "Siapakah itu?" "jibril." "Siapa pula bersamamu?" "Muhammad." "Apakah dia juga seorang rasul?" "benar." "Selamat datang wahai sebaik-baik yang datang." Lalu dibukakan dan ternyata di situ Idris. Jibril memperkenalkan, "Ini Idris." Kami lalu memberi salam dan dia menjawab, "selamat datang wahai saudara yang soleh dan nabi yang soleh."
kemudian Jibril membawakau ke langit kelima. Dia meminta dibukakan. " Siapakah itu?" "Jibril." " Siapakah pula bersamamu?" "Muhammad." "Apakah dia seorang rasul?" "benar." "Selamat datang wahai sebaik-baik yang datang." Kemudian dibukakan, Jibril memperkenalkan, "Inilah Harun." Dia memberi salam kepadanya dan aku juga. Lalu dia membalas, "Selamat datang wahai nabi yang soleh dan saudara yang soleh."
Kemudian Jibril membawaku ke langit keenam. Dia minta dibukakan. Maka ditanya, "siapa itu?" "Jibril." "Siapa pula yang bersamamu?" "Muhammad." "Apakah dia seorang rasul juga?" "Benar." "selamat datang wahai sebaik-baik yang datang." Kemudian dibukakan. Setelah aku jelas, ternyata di situ adalah Musa. Jibril memperkenalkan. Kami memberi salam kepadanya, dan Musa pun menjawab sambil mengucapkan, " Selamat datang wahai saudara yang soleh dan nabi yang soleh." Ketika kami hendak berlalu, dia menangis. Ditanyakan kepadanya, "mengapa engkau menangis?" Dia berkata, "Aku menangis kerana seseorang telah diutus sesudahku dan ternyata umatnya yang masuk syurga lebih banyak dari umatku."
Kemudian Jibril membawaku ke langit ketujuh. Dia minta dibukakan dan ditanya, " Siapakah itu?" "Jibril." " Siapakah pula bersamamu?" "Muhammad." "Apakah dia seorang rasul?" "benar." "Selamat datang wahai sebaik-baik yang datang." Kemudian dibukakan, dan ketika aku telah jelas, ternyata di situ adalah Ibrahim. Jibril memperkenalkan, kami memberi salam kepadanya dan dia membalas sambil berkata, "Selamat datang wahai anak yang soleh dan nabi yang soleh."
Kemudian aku dinaikkan ke Sidratul Muntaha. Di situ ada sebuah pohon yang daunnya seperti telinga gajah. Jibril berkata, " Inilah Sidratul Muntaha." Di situ juga ada empat sungai, dua sungai di dalam dan dua sungai di luar. Aku bertanya, " Dua sungai apakah ini Jibril?" Dia menjawab, " Adapun dua yang di dalam itu adalah sungai di syurga. Sedangkan dua yang nampak jelas ini adalah Sungai Nil dan Sungai Eifrout.
Kemudian aku dibawa naik lagi ke Baitul Makmur, tempat di mana setiap hari, 70,000 Malaikat masuk beribadah di situ. Kemudian mengambil yang susu. Dia berkata, "Itulah fitrah kamu dan umatmu." kemudian diwajibkan atasku solat lima puluh kali setiap hari."
Nabi bersabda: " kemudian aku kembali pulang, bertemu dengan Musa. Dia bertanya, "Kau diperintahkan apa?" "Solat 50 waktu setiap hari. Jawabku. Musa berkata, "Umatmu tidak akan mampu untuk solat 50 waktu setiap hari. kembalilah kepada Tuhanmu, mohon diringankan bagi umatmu!" Kemudian aku kembali lagi dan mendapatkan keringanan 10 lagi.
Lalu aku pulang bertemu Musa. Dia berkata serupa itu lagi. Sehingga aku kembali dan mendapatkan keringanan 10 lagi. Lalu aku pulang bertemu Musa. Dia berkata seperti itu lagi. Maka aku kembali kepada Musa, dia berkata seperti itu lagi. Maka aku kembali dan hanya diperintah dengan 5kali solat dalam sehari.
Aku kembali pada Musa. Dia bertanya, "Berapa kali sehari kau diperintahkan solat?" Aku menjawab, "Dengan 5kali setiap hari."
Dia berkata lagi, "Sungguh umatmu tidak akan mampu solat 5kali setiap hari. kembalilah kepada Tuhanmu, mohonkanlah keringanan untuk umatmu. " Nabi SAW menjawab, "Aku telah memohon kepada Tuhanku sampai aku malu kepadaNya. Tetapi aku rela dan aku berserah." Nabi SAW berkata, "Ketika aku berlalu ada suara memenggil, "Telah Ku tetapkan kefardhuan Ku dan Ku ringankan hamba-hamba Ku. "
Terima kasih kerana sudi baca, jadi, renung-renungkanlah.