cerita manusia semuanya sama. apa yang berlaku hari ini, kekal sampai esok, lusa, tulat, dan akhirnya yang tak berpenghujung. kalau dulu kau nampak aku manusia yang baik, lembut, penyayang, tapi, hari ini, aku minta maaf sebab aku dah tak sama macam dulu. haters everywhere, while backstabbers always behind you.
aku tak mampu nak back up semua orang. aku tak mampu nak jaga semua masalah orang. dan aku paling tak mampu bila semua orang menuding jari pada semua orang. faham tak? faham tak apa yang berlaku sekeliling kau?
aku tak bodoh. tapi aku tahu kadang-kadang sikap aku ini sememangnya bodoh sehingga membuatkan kau benci dan tolak aku ke tepi. tapi, kau sedar tak yang dalam diri kau itu pun ada bodoh yang melampau yang membuatkan diri kau sememangnya 100% betul?
kadang-kadang, aku masak ada orang yang datang pada aku, ungkap perkataan-perkataan yang berbisa, mencaci dan menghina saudara sendiri, padahal, diri kau sendiri pun lemah, malah lebih lemah dari apa yang kau perkatakan pasal mereka. mereka tidak tahu. kau pun tak tahu. sama macam aku, lemah dan menyedihkan sebab mengharapkan ramai manusia keliling aku sayang dan percayakan aku. tapi itu semua dunia.
nampak atau tidak? apa kau buta dengan dunia? atau kau buta dengan manusia yang berada di kiri kanan, depan dan belakang kau? masih tak nampak ke? atau kau samar-samar?
yes, people do have different perception. so do i. apa yang aku buat hari ini, kau judge sampai esok. apa yang aku cakap hari ini, kau simpan sampai esok. dan apa yang aku lalui hari ini, kau tak pernah simpan sampai esok. kenapa? kadang-kadang aku terfikir yang aku berada sama situasi dengan kau. kadang-kadang situasi yang aku alami sama macam mereka yang kau selalu hebah-hebahkan. sedar tak sedar, aku tergolong dalam tipu helah manusia. itu aku. sebab aku sama macam kau, sama macam mereka. manusia.
aku hairan. kenapa kau tak ludah sahaja depan muka mereka dan luahkan segala kebencian kau?
aku juga hairan kenapa kau sering buka mulut seluas-luas alam padahal apa yang kau perkatakan itu tak sama dengan kesahihan dunia. mungkin sebab kau mahukan perhatian? betul tak? kau tahu tak ada manusia sekeliling kau tak suka dengan perangai kau? tahu tak? kau adalah manusia paling kasihan dalam dunia yang kian runtuh ini. ingat, dunia ini tak semudah yang kau tahu, sebab ianya tak sama dengan mulut busuk kau yang luas itu.
aku kejam. kejam macam iblis. kalau aku buka mulut busuk aku sama macam kau, aku luahkan semua bisa pada semua orang, aku pun sama macam kau, kasihan. tapi, kau tak pernah risau sebab kau tahu satu hari nanti mereka perlukan kau, sama macam aku perlukan kau. tak perlu suatu hari nanti, sekarang pun dah nampak kegunaan kau pada aku, pada mereka. dan kau mula rasa bangga yang amat. tahniah, sebab kau sangat berkeyakinan bahawasanya, semua manusia sayangkan kau. tahniah!
kesimpulan dalam dunia ini tak akan habis sehingga kau mati dan dibangkitkan semula dari kubur. sama macam aku yang juga kadang-kadang berperangai sama macam kau. manusia keliling kau itu sebenarnya ambil kisah hanya pada mulut bukan hati. sebab hati mereka, hati kau dan hati aku masing-masing dimanipulasikan oleh otak yang bodoh. tak pernah fikir kepentingan orang.
people do change. kenapa? kenapa kita tak kekal sama macam masa mula-kita berkenalan? kenapa sekarang semua berdalih, salahkan sesama sendiri? siapa yang betul dan siapa yang benar? kalau masa ini boleh diputar semula, pilihlah zaman kegemaran masing-masing, yang mana kita tak ambil peduli pada sesiapa yang mencemburui kita. dan kita kekal pada zaman itu. jangan datang ke masa sekarang sebab kau, aku dan mereka tak sama pendapat. aku bosan dan buntu dan lelah dengan semua perkara yang berlaku sekarang. sampai bila sebenarnya?
*minta maaf kalau ada yang terasa. entri ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga.