kalau aku ibnu sina, mungkin aku akan diminati ramai dan menjadi idola setiap muslim.
kalau aku syed muzaffar, mungkin aku dijulang oleh setiap manusia yang tinggal di bumi Malaysia ini.
kalau aku perdana menteri, mungkin aku akan dikenali oleh semua orang ternama.
dan kalau aku kerabat raja, mungkin aku tak perlu bersusah payah belajar sampai luar negara.
itu cuma KALAU.
tetapi,
jika aku pak pandir, mungkin semua orang akan berkata tentang kebodohan aku.
jika aku mat jenin, mungkin semua cita-citaku tak akan tercapai.
jika aku si luncai, mungkin semua usahaku tidak menjadi.
dan jika aku seorang peminta sedekah yang sempurna fizikal, mungkin aku mendapat tohmahan yang menimbul dari manusia.
selalunya, kita akan berkata tentang orang ini dan tentang orang itu. dan manusia itu sering memilih kawan. kalau betul apa-apa sekali pun kata-kata seorang ustaz atau ustazah, belum tentu mereka itu tidak pernah berbuat dosa. tetapi, sudah semestinya ustaz dan ustazah itu lebih baik dari aku.
satu hal yang perlu dibangkitkan apabila manusia selalu menerima yang baik dan yang cantik luarannya dan tidak pernah melihat dalamannya. walhal, yang jahat dan yang hodoh selalu terasa diperkotak-katikkan.
benarkah begitu?
bukankah kita sepatutnya bau badan sendiri dahulu sebelum menghidu badan orang lain? dan manusia itu perlu sentiasa beringat walaupun statusnya di muka buku mahupun di twitter hanya berkenaan "judge people and respect people" tak beerti manusia itu tidak menghakimi orang lain. dunia ini untuk dikongsi. jika seseorang itu merasakan kelemahan hanya pada diri sendiri dan kebanggaan milik orang lain, berubahlah. bukankah islam itu bersaudara? bodoh dan bijak itu untuk dibandingkan dan dijadikan pengajaran, bukan dipuji atau dicaci. dan jangan salahkan orang lain bila kita berada di situasi di mana air mata tidak mahu berhenti. sebab manusia selalu ungkapkan "Allah itu kan ada?"