"O Allah! There is no ease except that which You make easy, and indeed You, when You want, make difficulties easy.” [Sahih Ibn Hibban]

buddies

2013/07/22

Orang Bodoh Dijadikan Pemimpin Berkuasa

Hey, assalamualaikum w.b.t.

Hari-hari ramadhan sebelum ni, kepala otak aku sarat dengan kertas-kertas yang bertulis tentang politik dan kuasa dan aktivis dan disebalik tabir dan masa depan negara dan permainan pemimpin dan dan dan aku pening sebab taktahu mana betul mana benar mana salah. cecah ramadhan13 hari ini tiba-tiba beralih angin dan aku mula menyelak buku "Misteri Empat Peristiwa Akhir Zaman" dan terasa nak berkongsi tajuk ini, Orang Bodoh Dijadikan Pemimpin Berkuasa:

Dalam satu riwayat dari dalam kitab Sahih Muslim dan lainnya menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "apabila engkau melihat orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (para rakyat jelata yang miskin), yang tuli dan bisu menjadi raja (pemimpim) di bumi, maka itulah tanda-tanda kiamat. dan apabila engkau melihat para pengembala binatang ternak yang hitam tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi, maka itulah tanda-tanda kiamat (bermula)."

Ketika mengulas hadis ini, Imam An-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan kalimat 'al-hufat al-urat' adalah para rakyat jelata yang bodoh dan rendah akhlaknya. sebagaimana difirmankan Allah s.w.t terjemahannya: bisu, tuli dan buta. maka dengan demikian mereka tidak akan kembali lagi (ke jalan kebenaran). (Al-Baqarah: 18) maksudnya di sini adalah tatkala mereka tidak memanfaatkan anggota pancaindera mereka untuk menilai dan menerima kebenaran (ajaran Al-Quran) maka seakan akan mereka telah membuang atau kehilangan pancaindera mereka.

Abu Hurairah berkata, bahawa saya mendengar orang yang benar lagi dibenarkan, iaitu Nabi s.a.w. telah bersabda: "kehancuran umatku adalah di tangan beberapa anak dari suku Quraisy"

Seorang lelaki arab awam telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "bilakah kiamat akan terjadi?" baginda menjawab: "apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kiamat." dia bertanya lagi: "bagaimana boleh berlaku amanat itu disia-siakan?" baginda menjawab: "apabila suatu urusan diserahkan kepada yang tidak layak untuk memangkunya, maka tunggulah kiamat."

'Orang bodoh' ialah orang yang jahil dalam bidang agama atau kalaupun dia terkenal sebagai seorang 'beragama', atau jawatan pemimpin yang diterima itu adalah 'warisan' dari keturunan sepertinya sepertimana Yazid bin Muawiyah, atas dasar keturunan bukan kerana kelayakannya.

(Sebahagian dari cerita 'orang bodoh' yang menjadi pemimpin. apa yang aku boleh simpulkan di sini, jahilnya manusia pada hari ini, kita mengulangi kesilapan yang pernah berlaku pada zaman dahulu. dan politik kita juga berkemungkinan besar boleh berlaku sebegini. renung-renungkan dan selamat berpuasa dan terima kasih sudi membaca.)

- Abu Tolhah Iqamuddin